Muncul denga imej yang berbeza, penampilan terbaru penyanyi Indah Ruhaila yang hadir dengan potongan rambut pendek ketika ini, mengakui perubahan tersebut sebenarnya tidak ada kena mengena dengan perasaan mahu memberontak atau memnunjukkan ketidakpuasan hati yang datang dari dirinya.
“Saya terfikir untuk menukar imej saya kerana sepanjang 27 tahun, saya belum pernah memotong rambut sependek ini. Lagipun saya hanya memotong rambut pendek saja dan bukan menukar jantina.”
“Keluarga serta tunang saya juga tidak menghalang niat saya untuk berambut pendek namun ada antara keluarga yang tidak bersetuju dengan keputusan saya ini. Malah ada yang menanyakan sama ada saya hendak menjadi ‘pengkid’ dengan imej sebegini.”
“Jika saya ‘pengkid’ takkan saya… (sambil menunjukkan cincin). Jadi sebagai seorang artis kita memang tidak boleh hendak puaskan hati semua pihak,” kata Indah kepada Berita Harian baru-baru ini sekaligus menjawab pelbagai reaksi yang timbul setelah dia memilih untuk berambut pendek.
Sekali imbas, kami rasa Indah macam ada iras-iras Elyana pun ada. Apa-apa pun perubahan yang dilakukan Indah ketika ini kami harapkan ia dapat memberi dan membuka pelaung kepada penyanyi ini untuk terus kekal di dalam industri.

Sumber : Rotikaya
0 comments:
Post a Comment