Umum tahu beberapa hari ini laman sosial heboh memperkatakan kononnya Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyindir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Dalam kapsyen gambar berkenaan, Tunku Puan Pahang menulis, "There goes my diet. Oleh kerana nak bayar hairdresser mahal, saya hanya mampu beli nasi bungkus!!".
Ramai followers beliau menganggap kapsyen berkenaan ditujukan kepada Datin Seri Rosmah berikutan dengan kenyataannya yang berkaitan dengan perkhidmatan mendandan rambut di rumah.
Mengambil kesempatan itu, seorang blogger pro pembangkang, Milo Suam, memuatnaik tweet di bawah.
"Tengku Puan Pahang @cheaminahsayang dihujani pujian kerana 'perli' seorang wanita boros, lihat itulah suara rakyat terbanyak #Terbaik."
"Tengku Puan Pahang @cheaminahsayang dihujani pujian kerana 'perli' seorang wanita boros, lihat itulah suara rakyat terbanyak #Terbaik."
Bagaimanapun, perkara itu segera dinafikan oleh Tengku Puan Pahang.
"Saya tdk perli Rosmah, she is my good fren dan jgn lagakan kami berdua...".
"Saya tdk perli Rosmah, she is my good fren dan jgn lagakan kami berdua...".
Lapor Suara.tv, akaun Instagram milik Tengku Puan Pahang juga telah dinyahaktifkan akibat salah faham yang terjadi.
Hanya Tengku Puan Pahang saja yang mengetahui disebalik niat kapsyen gambar berkenaan. Namun, agak kecewa apabila orang ramai mula membuat andaian sehingga menjejaskan nama baik Tengku Puan Pahang yang sememangnya terkenal dengan sikap mesra rakyat dan ringan tulang membantu rakyatnya dalam kesusahan.
Baca lanjut dari sumber asal : Thehypemedia
Baca lanjut dari sumber asal : Thehypemedia
0 comments:
Post a Comment