Biarpun sudah sekian berpacaran denga Aiman Hakim, namun Ayda Jebat gagal menjadi isteri kepada Aiman, sebaliknya Emma Maembong yang berjaya menjadi suri hati kepada aktor kacak.
Padahal Emma Maembong dengan Aiman Hakim memang tidak sebulu dan mereka juga sentiasa berkelahi bagaikan anjing dengan kucing. Tapi, kerana nenek Aiman, mereka terpaksa disatukan sebagai suami isteri.
Ya, inilah puncanya yang menyebabkan Ayda Jebat makan hati dengan Emma Maembong. Tapi, apakah yang bakal dilakukan oleh Ayda Jebat? Adakah sekadar membiarkan Aiman mengahwini Emma? Atau mungkinkah dia akan berusaha untuk mendapatkan semula kekasihnya itu?

Kalau nak tahu, jangan lupa saksikan drama bersiri, Isteri Separuh Masa yang diadaptasi novel Suri Ryana ini menerusi Astro Ria saluran 104 dan Maya HD saluran 135, bermula jam 10 malam ini.
Baca lanjut dari sumber asal : Murai Batu
0 comments:
Post a Comment