Searching...
Thursday, August 6, 2015
8:46 AM 0

Neelofa: Saya tidak tahu Siput Babi itu haram dimakan


Baru-baru ini tercetus perbalahan dalam kalangan penggguna laman sosial ekoran sekeping foto hidangan siput Escargot (siput babi) yang dimuat naik pengacara dan pelakon Neelofa di laman Instagram.

Perbalahan tersebut timbul apabila ada pihak yang mempertikaikan status halal siput Escargot yang dimakan Neelofa ketika bercuti di Paris, Perancis.

Memetik laporan Harian Metro, Neelofa mengakui dia memakan siput berkenaan tanpa was-was kerana dimaklumkan ia boleh dimakan sejak dia kecil lagi.

"Saya jadi terkejut apabila ia menimbulkan perbalahan antara pengikut di Instagram selepas saya memuat naik gambar itu," katanya.

Menurutnya, jika dia tahu kontroversi dan keraguan yang bakal timbul sudah tentu dia tidak akan mengambil gambar apatah lagi menjamah hidangan berkenaan.

"Saya amat teliti dan menitikberatkan makanan yang saya ambil termasuklah gambar yang mahu dikongsikan kepada umum. Kalau saya tahu status halalnya meragukan sudah tentulah saya takkan sentuh pun makanan itu," katanya.

Neelofa berkata, dia akan merujuk perkara berkenaan kepada pihak berkaitan.

Sementara itu, jurucakap Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) ketika dihubungi berkata, haiwan itu tidak mendapat sijil halal kerana garis panduan yang dikeluarkan merujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa ia sejenis haiwan yang haram dimakan umat Islam.

Dalam pada itu, semakan pada portal rasmi Fatwa Malaysia, e-Fatwa mengesahkan status Escargot adalah haram dimakan umat Islam.

Sumber asal

0 comments:

Post a Comment